Friday 5 May 2017

SIMPTOM & RAWATAN : SLIPPED DISC DAN SAKIT BELAKANG

Adakah anda pernah mengalami sakit belakang yang teruk dan tidak sembuh??
Sakit belakang yang anda alami terasa seperti mencucuk dan kebas??
Sekiranya anda pernah mengalami sakit belakang yang berpanjangan dan tidak sembuh segeralah membuat pemeriksaan doktor. Anda seharusnya memastikan apakah punca sakit belakang itu berlaku dan janganlah kita hanya bergantung kepada ubat tahan sakit semata-mata. 

Kita seharusnya mengambil perhatian sekiranya terdapat ada sahabat atau saudara kita yang pernah mengadu sakit belakang sehingga terpaksa mengambil cuti sakit disebabkan sakit belakang. 

Apa yang telah terjadi pada rakan sahabat saya ini amat mengejutkan saya. Berita yang diterima oleh rakan sahabt saya ini amat mengejutkan beliau. 

"Beliau (rakan sahabat) sedang bercuti sakit disebabkan oleh slipped disc! Sebelum ini kala oustation bersama-sama, beliau memang selalu mengadu sakit pinggang dan kaki kanan. Sakit pinggang yang mencucuk-cucuk rasaanya dan kaki terasa kebas. Ketika itu, ubat tahan sakit memang tak lekang bersama beliau."



Tapi apa itu slipped disc??

Secara ringkasnya, slipped disc adalah dimana keadaan tulang belakang manusia telah berganjak ataupun tergelincir dari posisi kedudukan asal tulang belakang, dan menekan saraf beliau.

Slipped disc ini berlaku apabila cakera yang berfungsi menyerap tekanan antara tulang ini tidak berada di kedudukan sepatutnya. Tulang belakang manusia terbentuk seperti blok-blok yang bertindih. Antara blok tersebut terletaknya cakera tadi. Cakera ini seperti gel dan kesakitan berlaku akibat pergerakan cakera ini yang tidak normal sehingga menghimpit saraf.

Slipped disc adalah istilah perubatan yang digunakan terhadap kecederaan yang biasa berlaku terhadap tulang belakang. 
Ataupun secara ringkasnya, disc pada tulang bekang telah terbonjol atau tergelongsor keluar daripada kedudukan asalnya sehingga ia menekan urat saraf pada saraf tunjang manusia. 



Apakah simptom yang dikerap dialami sekiranya kita mengalami masalah slipped disc? 
  • Kebiasaan pesakit akan berasa sakit belakang
  • Mengalami kekejangan otot yang serius
  • Kebas-kebas ataupun lemah anggota badan
  • Serta tidak dapat mengawal pembuangan air kecil dan besar
Antara punca slipped disc ialah:
  • Pernah mengalami kecederaan seperti terhentak atau terjatuh
  • Terlalu aktif pada usia muda
  • Banyak mengangkat benda berat terutama dengan posisi yang kurang sesuai
  • Duduk dalam masa jangka masa panjang 

Slip disc berlaku apabila cakera tadi kehilangan kandungan air terutama dengan peningkatan usia. Ia menyebabkan ia menjadi kurang fleksibel dan lebih mudah untuk terkeluar daripada kedudukan sebenar.


Bukan setakat melakukan x-ray kita dapat mengesan penyakit slipped disc akan tetapi dengan hanya melakukan ujian MRI yang dapat mengesan penyakit ini .
Secara lazimnya, hanya 20% pesakit sahaja yang memerlukan pembedahan dilakukan.
Antara rawatan awal yang akan diberikan ialah ubah tahan sakit, fisioterapi dan juga memakai korset belakang. 

Walau pun pembedahan telahpun dilakukan, ia tidak menjamin slipped disc ini sembuh sepenuhnya. Ada antaranya yang masih lagi berasa sakitnya berulang walaupun telah menjalani pembedahan.

Selain melakukan fisioterapi, mengambil ubat penahan sakit atau pembedahan, adalah digalakkan anda mengambil tambahkan supplement / vitamin. Tujuan tambahan supplement/vitamin ini adalah untuk mengurangkan kesakitan serta membantu penyembuhan dari dalam secara pembaikan sel dalaman.


Supplement / Vitamin yang boleh membantu dalam rawatan slipped disc ialah:

Vivix
Iaitu supplement antioksidan yang sangat kuat dengan kandungan propanolol. Ia berfungsi dengan meningkatkan penghasilan kolagen  (kolagen adalah komponen utama di dalam cakera) dan juga memperbaiki tisu yang rosak.

Membantu menghasilkan kolagen dan Omega 3 di dalamnya membantu badan memperbaiki dan mengelakkan kerosakan kartilaj dan cakera disebabkan radang.

Membekalkan kalsium yang mencukupi di dalam badan serta mengandungi magnesium untuk mengurangkan sakit pada saraf.



Tempah sekarang. 

Hubungi,
Your trusted Shaklee Independent Distributor

Nuraziean binti Ismail
www.azieanhabeeb.blogspot.com
Facebook / Instagram : yanvitastore
 SMS / Whatsapp / Telegram : 013-358 9858


No comments:

Post a Comment